Tips untuk menjadi seorang backpacker tips yang kental

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seperti tajuk, saya dah agak yang anda semua tahu apa yang saya nak tulis pada kali ini. Tidak lain adalah tips untuk menjadi seorang backpacker yang kental dan tidak pernah mengenal erti penat lelah.

Cabaran menjadi seorang backpacker

Apakah cabaran untuk menjadi seorang backpacker? Tidak lain iaitu modal untuk memulakan perjalanan. Sebab itu bagi seorang backpacker, modal awal adalah sangat penting untuk menjadi seorang backpacker. Dan yang lebih penting daripada itu adalah perancangan kewangan. Tidak ramai backpacker atau traveler yang mempunyai kewangan yang baik dan mempu merancang kewangan mereka, apapun inilah realiti backpacker masa kini.

Backpacker berjalan sana-sini

Berjalan merupakan hobi saya, sebelum ini saya ada review berkenaan dengan destinasi pulau dan krim yang membantu untuk backpacker seperti saya ini. Banyak lagi destinasi menarik lain lagi yang akan saya tempuhi pada masa akan datang. Gunung, Pulau, bukit, laut, semua akan saya redah tidak lama lagi, yang paling penting adalah keazaman dan kesungguhan untuk berjaya.

Antara tempat yang saya sudah pergi adalah ke Kedah dan Terengganu, memang satu tempat yang menarik untuk dilawati.

Mana Backpacker dapat modal

Ada yang dapat modal dengan buat business online, lakukan kerja secara online. Ada yang bergaji besar dan pergi backpacker bila ada masa lapang. Ada juga yang kerja oil and gas, cuti 2 minggu dan lakukan kerja-kerja backpacker. Banyak lagi, apapun, pendapatan tidak limit kepada gaji semata-mata. Ada 1001 punca pendapatan lain untuk menjadi seorang backpacker. Apa yang penting adalah kesungguhan untuk sukses dan berjaya pada masa akan datang.

Kadang-kadang buat review berkenaan dengan produk kecantikan merupakan salah satu sumber modal saya untuk travel dan berjalan di dalam dan di luar negara. Jadi memang saya memanfaatkan segala yang ada untuk terus sukses.

Terus mengejar mimpi

Terus mengejar mimpi hingga akhirnya berjaya sampai ke tujuan. Begitulah kehidupan seorang backpacker. Apapun, saya akan tetap terus berusaha hingga berjaya juga akhirnya.

Inilah coretan yang sedikit, nantikan artikel seterusnya dari saya.