Ayie backpacker ke Kedah dan Terengganu

Update terkini, seminggu lagi akan cuti sekolah, jadi macam mana dengan persediaan percutian semua. Saya seperti biasa, buat part time sambil jalan-jalan. Destinasi saya kali ini adalah negeri Kedah. Banyak tempat menarik di Kedah untuk dilawati dan merupakan satu tempat yang menjanjikan banyak altiviti seperti mendaki dan memanjat gunung. Semuanya ada di Kedah.

Jelapang padi yang menghijau

Antara perkara yang best yang ada pada negeri Kedah adalah jelapang padi, kehijauan hidupan semula jadi dan air terjun yang menghijau. Belum lagi pasar Labu yang popular di negeri kedah.

Antara pulau yang menjadi idaman ramai di sini adalah Langkawi, memang satu destinasi perlancongan yang unik walaupun ianya kadangkala hanyalah indah kabar dari rupa. Ikut pengalaman Ayie, destinasi pulau lain seperi pulau Tioman atau Pulau Perhentian lebih menarik dan lagi sesuai untuk dijadikan destinasi perlancongan berbanding dengan Pulau Langkawi. Pulau Perhentian ini terletak di Negeri Terengganu. Tetapi pergi je la walaupun sekali ke Pulau Langkawi ini, best la jugak kat sini sebenarnya.

Pulau Redang pun antara destinasi yang menarik di dilawati.

Jalan-jalan

Jalan-jalan seterusnya membawa kita ke Alor Setar, iaitu ibu negeri Kedah. Tak la maju sangat berbanding dengan Kuala Lumpur atau Johor Bahru tu tapi kat sini agak tenang dan tak serabut.

Makanan

Makanan di sini juga tidak kurang hebatnya. Banyak makanan orang utara yang ada di sini yang kita boleh jadikan makanan yang sangat sedap untuk dimakan. Memang la sedap untuk dimakan, huhu.

Apapun, itulah update terbaru dari ayie backpacker, harap dapat jumpa lagi di lain waktu. Selamat bercuti, cuti-cuti Malaysia.