Ayie Backpacker

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.

Pengumuman dan pengumuman kepada semua.

Saya tubuhkan laman ini tidak lain bagi kita untuk bertukar-tukar pendapat sesama kita berkenaan dengan banyak perkara dan info terkini berkenaan dengan travel dan sukan. Saya memang jenis suka bersukan dan travel. Sukan ekstream, berbasikal semua saya buat. Yang paling penting adalah kepuasan dalam hati, itulah yang terbaik.

Khusus untuk blog ini, saya nak share berkenaan dengan tips melancong dalam dan luar negara. Negara kita juga tidak kurang hebatnya dalam memberikan input-input atau destinasi perlancongan yang terbaik. Terlalu banyak destinasi perlancongan di negara kita cuma kita sahaja yang tidak memanfaatkan apa yang ada. Rugi oooo rugi.

Sukan ekstream

Saya suka mendaki, antara gunung yang saya telah tawan adalah gunung Tahan, gunung Kinabalu. Memang terbaik. Jadi saya akan share sedikit sebanyak tips untuk pendakian berhemah. Perlatan dan macam-macam lagi sebagai satu panduan kepada anda untuk mendaki juga satu hari nanti.

Percutian ke Luar Negara

Tidak dinafikan, saya banyak juga melancong ke luar nega backpacking ke sana. Antara negara yang saya sudah pergi adalah Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan macam-macam lagi tempat yang menarik di sana. Perancangan akan datang, Jepun, Korea, China dan Eropah. InsyaAllah.

Banyak lagi yang akan saya kongsikan, cukuplah setakat ini buat masa ini.